Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Ahad, 22 November 2009

Tok Guru di tangga 42, Imam Islam Hadhari dimana?

Assalamualaikum..

Tahniah buat YAB Tok Guru Dato Haji  Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila disenaraikan sebagai Tokoh Islam ke 42 yang berpengaruh di dunia mengikut kajian The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku "The 500 Most Influential Muslims In The World for 2009.
Senarai penuh 50 Tokoh Islam paling berpengaruh di dunia boleh dilihat pada mukasurat 17 - 19. Keterangan ringkas mengenai ketokohan Tok Guru terdapat pada mukasurat 78 buku tersebut.

Selain Tok Guru, nama YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir juga tersenarai dalam buku tersebut tetapi bagi kategori lain.
Dalam kajian tersebut, nama Dato seri Anwar Ibrahim tersenarai dalam dua kategori iaitu;
i. Tersenarai antara 12 tokoh kategori 'Honorable Mention'. (mukasurat 84)
ii. Tersenarai antara tokoh Politik Berpengaruh. Beliau didapati antara pemimpin pembangkang yang merubah landskap politik negara dan berani mengkritik pentadbiran negara. Beliau juga dianggap sebagai pemimpin yang amat berpengaruh bagi golongan muda. (mukasurat 105)

Bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir turut tersenarai antara Tokoh Politik Berpengaruh berikutan beliau merupakan PM paling lama yang memegang tampuk pemerintahan dan berjaya memodenkan Malaysia dengan cepat. Tun Dr. M juga terkenal kerana lantang mengkritik Barat termasuk Presiden Amerika. (mukasurat 106)

Tokoh-tokoh lain dari Malaysia yang turut tersenarai adalah;
i. Prof Emeritus Dato Osman bakar (Timb. Naib Canselor UM) - kategori cendekiawan (m/s 95)
ii. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali ( Profesor Undang-undang UIA) - kategori cendekiawan (m/s 95)
iii. Mohideen Abdul Kader (Naib Presiden Pers. Pengguna Pulau Pinang) - kategori Pembangunan (m/s 140)
iv. Kumpulan Raihan - kategori Seni dan budaya (m/s 150)

Tahniah kepada mereka yang tersenarai. Namun, penulis terfikir-fikir mengapa nama pemimpin besar negara tidak disenaraikan  terutamanya nama 'Imam Islam Hadhari'. Mungkin pengkaji/penulis buku tersebut pun tidak tahu/faham apa itu Islam Hadhari (penulis juga tidak faham), dengan kata lain Islam Hadhari tidak diterima oleh dunia Islam.

Senarai penuh dan maklumat ringkas berkenaan tokoh-tokoh tersebut boleh dibaca di link dibawah;

http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf

Malaysia semakin korup?


Baru-baru ini kita didedahkan dengan satu laporan daripada "Tranperancy International" (TI) yang telah mengeluarkan carta berkenaan tahap ketelusan sesebuah negara. Di dalam senarai tersebut, negara yang paling kurang berlaku rasuah adalah New Zealand, diikuti Denmark dan Singapura. Dimana kedudukan Malaysia? Berbanding 180 negara di dunia ini, malaysia berada di kedudukan ke 56. Boleh dibanggakan ke kedudukan ini?
Penulis menganggap bahawa kedudukan ini adalah amat memalukan kerana kerajaan Malaysia sebelum ini heboh mewar-warkan untuk menentang rasuah habis-habisan. Pada 2008 , Perdana Menteri Malaysia ketika itu Pak Lah telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kononnya untuk menunjukkan kesungguhan kerasaan menangani 'masalah' rasuah. Suruhanjaya ini yang bermodelkan Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) dilihat gagal di Malaysia. Mana tidaknya, Hong kong berada di tempat ke 12 paling telus sedangkan Malaysia di tempat ke 56. Lebih memalukan kedudukan ini jatuh menjunam berbanding kedudukan tahun lalu iaitu di tempat ke 47.
Pada 1995, walaupun masalah rasuah hanya dipantau oleh sebuah 'badan' sebelum ini (BPR) Malaysia berada pada tempat ke 23, (dan kemudian tangga ke 37 pada 2004) satu tempat yang agak baik walaupun tidak 'telus' sepenuhnya. Tetapi, walaupun pelbagai janji oleh pemimpin kerajaan termasuk dengan penubuhan SPRM, rasuah semakin berleluasa hingga menyebabkan Malaysia jatuh ke tempat 56 dalam senarai tersebut. Sepatutnya apabila sesebuah organisasi itu dinaiktaraf, mutu dan hasilnya akan semakin baik.
Rakyat kini semakin berani mengkritik SPRM kerana jelas mereka tidak bersungguh-sungguh memerangi rasuah. Tindakan hanya berani diambil terhadap kes-kes kecil dan terpilih sahaja. SPRM juga dilihat seperti berat sebelah. Antaranya seperti kes pemimpin atau wakil rakyat pembangkang, dengan segera kertas siasatan dibuka. walaupun kes-kes tersebut meragukan dan kadangkala hanya melibatkan nilai yang kecil. Kes tuduhan berkenaan lembu korban, tuduhan penyelewangan belian benderad dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kes-kes yang melibatkan pemimpin yang 'pro' kerajaan atau lebih tepat lagi melibatkan orang kanan dalam kerajaan? beberapa pemimpin UMNO diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti tersebut sebagai bersalah kerana terlibat rasuah sehingga ada yang hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan parti, tapi SPRM hanya tutup mata sahaja. Walhal kes ini disahkan terbukti oleh lembaga disiplin parti tersebut. bagaimana pula dengan kes PKFZ, klip video VK Linggam, kes rumah mewah seorang bekas MB, landasan keretapi berkembar dan banyak lagi kes-kes besar.
SPRM sendiri perlu telus dalam menjalankan tugas mereka yang diamanahkan. jangan hanya bila tuduhan itu dibuat terhadap pembangkang, tidak sempat apa-apa kertas siasatan terus dibuka. tapi bila melibatkan orang kerajaan, pelbagai alasan diberikan, tidak cukup bukti lah, tidak ada saksi lah, saksi tidak beri kerjasama lah dan pelbagai alasan lemah.
Ingatlah, keadilan itu penting dalam kehidupan ini lebih-lebih lagi ketika memikul amanah. Tuhan amat BENCI pihak yang tidak adil dan tidak jujur. segala tindakan kita di dunia ini akan dibicarakan di akhirat kelak.

Nota: sebahagian maklumat diperolehi daripada tulisan Dr Aisar Yee Abdullah.

Jumaat, 20 November 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

petikan dari Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Jumaat, 13 November 2009

Isu perarakan kepala lembu: Tindakan profesional MB


Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan kematangan dan sikap profesionalnya mengenai isu perarakan kepala lembu. Penulis amat menyokong kenyataan beliau dimana perarakan kepala lembu yang menjadi kontrovesi sebelum ini bukan diarahkan oleh pihak tertinggi umno.
Walaupun ramai ahli umno yang terlibat dalam perarakan tersebut, namun ia tidak bermakna keseluruhan ahli umno terlibat. Juga tiada bukti mereka mendapat arahan daripada kepimpinan tertinggi parti tersebut (walaupun terdapat ramai pemimpin umno yang menyokong perarakan itu).
Mengulas mengenai kritikan dari seorang wakil rakyat PR Selangor, ia sepatutnya tidak diperbesarkan. Mana-mana ADUN, ahli parti atau rakyat berhak memberikan pendapat masing-masing, kemudian terpulang kepada mereka untuk mendengar penjelasan yang sebenar.
Apapun, tahniah kepada MB Selangor berkenaan, dan sikap profesional seperti ini lah yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin baik di peringkat Persekutuan, Negeri, Parti, dan sebagainya.

Selasa, 10 November 2009

Galeri berkaitan Kaabah

ALLAHUAKBAR…!!!
الله اكبر

صور نادرة جداً عن الكعبة

Gambar – gambar jarang dapat dilihat berkenaan Kaabah


Sitarah (Bidai) Merah di dalam Kaabah


Sitarah (Bidai) Hijau di dalam Kaabah

Qiswah (Bidai) pintu Kaabah

Pulley Zam Zam (digunakan sejak kurun ke 40 Hijrah)

Pintu Masjid Nabawi (zaman Khalifah Uthman r.a)

Pintu utama Kaabah

Pintu dan tiang lama Masjidil Haram

Penutup Makam Nabi Ibrahim a.s

"Mizab Kaabah" (dibuat dari kayu yang diceliup emas diguna pada 1273H) 

Khat pada dinding Masjidil Haram (berdekatan telaga Zam Zam dinukil pada tahun 1299 H)

Contoh asas binaan Kaabah yang dibina pada tahun 65H

Cincin tembaga (pemegang Qiswah Kaabah


Mimbar Masjidil haram (diguna pada tahun 1240H)


Bingkai Hajarul Aswad (zaman Khalifah Uthman r.a)

Isnin, 9 November 2009

TAZKIRAH - EMPAT ISTERIKU

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.

Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

IKHLAS DARIPADA
JAWATANKUASA BIRO KEROHANIAN KELAB BPSM TAHUN 2009

Malam Pertama ??? mesti ditempuhi..

Hayati dan renungi la.......adakah malam yang indah dan adakah malam yg penuh dengan.....kesakitan yang akan kita nikmatinya......

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Untuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa


Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. ..

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu


Setelah dimandikan.. ,

Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya...

Kerana sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah...... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...


Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan


Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur...

Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''

Cara Memberi Salam yang betul

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.



JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....

artikel dihantar oleh: ms_sitimaria@yahoo.com

Khamis, 5 November 2009

Ganjaran Umrah:hadiah terbaik...

Sempena perlawan akhir Piala Malaysia Antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada Sabtu ini,
kita lihat apa ganjaran yang ditawarkan kepada pemain dan pegawai pasukan Kelantan oleh Tok guru sebagai wakil Kerajaan Negeri Kelantan...Cerita lanjut sila klik link di bawah...

http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/pakej-umrah-ajaran-tok-guru.html

Parti Politik = Pasukan Bola sepak?

Seperti sebuah pasukan bola sepak, sesebuah Part Politik juga terdiri daripada Pengurus, Jurulatih, Pasukan Perubatan, Kapten Pasukan, Pemain Penyerang, Pertahanan, Penjaga Gol, Pembancuh air, kelab penyokong, peminat dan lain-lain. Walaupun di dalam parti politik istilah yang digunakan adalah berbeza, namun fungsi dan peranannya hampir sama.
Pengurus mungkin boleh di contohkan sebagai Presiden parti yang memainkan peranan mengetuai pengurusan sesebuah pasukan / parti. Didalam sesebuah parti, peranan 'jurulatih' amat penting demi melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih berjaya serta memastikan keadaan parti semakin baik. Parti juga memerlukan 'pemain penyerang' yang berperanan penting untuk mengalahkan 'pihak' lawan. Penjaga gol dan pertahanan pula berfungsi untuk menjaga parti daripada ditewaskan dan perlu diwakili oleh mereka yang mampu mempertahankan organisasi parti. Begitu juga bagi jawatan-jawatan lain yang boleh diumpamakan seperti posisi di dalam pasukan bola sepak.
Adat bagi sesebuah pasukan bola sepak, ada pengurus, pegawai atau pemain yang mungkin dibuang, bersara, menyertai pasukan baru dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika pemimpin parti atau wakil rakyat yang dipecat, letak jawatan, keluar parti, masuk parti lawan dan sebagainya. Sebenarnya ia tidak terlalu menjejaskan parti asalkan parti dapat mencari pengganti yang lebih baik dari mereka. Seperti yang dialami oleh PKR baru-baru ini, seharusnya penyokong tidak patah semagat. walaupun seorang Naib Presiden, Pimpinan tertinggi parti lah, beberapa ADUN dan pimpinan lain membuat keputusan/tindakan yang boleh mencalarkan parti, namun ia hanya sementara. Pengurusan parti perlu lebih bijak mencari pengganti mereka untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali..

CINA ISLAM (林川興): Terkini 5.57 pm : Penghakiman ditangguhkan

CINA ISLAM (林川興): Terkini 5.57 pm : Penghakiman ditangguhkan

Isu MB Perak: Perbicaraan ditangguh

Penghakiman mengenai siapa MB Perak yg sah di antara YAB DS Muhammad Nizar Jamaluddin dan YB Zamry yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Penghakiman oleh panel 5 hakim itu bemula sekitar 9.40 pagi dan ditangguhkan pada lebih kurang 5.50 petang, setelah beberapa kali berhenti rehat. YAB DS Nizar diwakili sekumpulan peguam yang diketuai oleh HJ Sulaiman Abdullah manakala Zamry diwakili oleh Cecil Abraham.
Penulis sempat berbual dan bersalaman dengan YAB DS Nizar dan YB Drs Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) sejurus perbicaraan ditangguhkan.

Khamis, 29 Oktober 2009

BUBAR...!!!

Salam Sejahtera...

Nampaknya isu di Perak semakin kritikal. Demokrasi semakin hancur dimusnahkan dan ia jelas dibuktikan pada 28 Oktober yang lalu ketika Persidangan DUN Perak. Banyak ketidakadilan yang berlaku secara jelas, termasuk "penyalahgunaan" kuasa pihak-pihak tertentu.. Antaranya:
1. Mengapa ADUN BN boleh masuk ke dalam Dewan pada jam 9.00 pagi, manakala ADUN PR hanya dibenarkan lebih kurang pada jam 9.45 pagi? (mungkin takut Speaker Halal YB Sivakumar duduk di tempat speaker)
2. ADUN BN dengan mudah boleh memasuki Dewan tapi ADUN PR perlu melepasi lebih kurang 5 sekatan polis sehingga ada yang dikasari, termasuk Speaker YB Sivakumar.
3. mikrofon ADUN PR dimatikan namun bagi ADUN BN tidak.
Cuba kita fikirkan, adakah "kekecohan" ini akan reda begitu sahaja tanpa tindakan wajar dari semua pihak? Mengapa tidak dibubarkan sahaja DUN Perak tersebut?pada penulis tindakan membubarkan DUN Perak adalah satu penyelesaian yang paling relevan. Namun, ada pihak tertentu iaitu puak "Bee End" terlalu takut untuk membubarkannya. Sepatutnya mereka perlu memikirkan tentang RAKYAT. bagi peluang kepada rakyat untuk menilai semula dan menentukan Kerajaan mana yang mereka pilih untuk menerajui negeri mereka. Ada pihak kata kalau buat Pilihanraya Negeri akan libatkan kos yang tinggi, memang betul tapi mana lebih penting? Tidak perlu jimatkan duit kalau keadaan negeri huru hara. Pelabur akan semakin kurang kepercayaan terhadap kerajaan negeri. Percayalah, dengan keadaan yang tidak stabil ini macam-macam boleh berlaku. Katakanlah tiba-tiba ada 2-3 orang ADUN BN lompat masuk PR, kerajaan akan berubah tangan, lepas tu ADUN PR lompat masuk BN, kerajaan tukar lagi...dan camtu lah seterusnya...kalau betul terjadi, macamana keadaan negeri Perak masa itu? Fikirkanlah..

Maaf, lama tidak kemaskini

Salam sejahtera...

Maaf kepada semua pembaca kerana lama tidak mengemaskini blog...
Insya-Allah penulis akan menyambung semula menulis artikel dalam masa yang terdekat...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Poco-poco yang tersirat....




Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.


Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini


"Assalammualaikum.Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.Marilah kita sama2 fikirkan.

"Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.WALLAHUALAM. ...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kalungan bunga di tugu negara

Pada masa ini tengah heboh memperkatakan bahawa YAB Tok Guru Haji Nik Aziz telah menyeleweng berikutan kenyataannya berkenaan isu "Masuk Syurga". Pelbagai media arus perdana terus 'menyerang' Tok Guru hingga kini. Mungkin itu propaganda pihak2 tertentu menjelang PRK N11 Permatang Pasir 25 Ogos ini.



Penulis ingin mengulas sedikt mengenai tindakan PM kita pada sambutan Hari Pahlawan Baru-baru ini. Dalam sambutan tersebut, PM telah meletakkan kalungan bunga di tugu negara. Perkara ini jelas melanggar hukum Islam dan tidak menghormati keputusan fatwa yang telah diwartakan. Sepatutnya beliau boleh dikenakan tindakan termasuk dibicarakan di Mahkamah Syariah. Namun, tiada pihak yang berani menegur. Ulama-ulama kerajaan terus membisu seribu bahasa seperti tidak nampak apa yang berlaku.



Perkara ini sebenarnya bukan baru, PM sebelum ini yang lebih dikenali sebagai Imam Hadhari juga pernah melakukannya. Namun sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan tegas yang diambil terhadapnya. Inilah Malaysiaku, mungkin ini antara tanda-tanda Kiamat makin hampir dimana Ulama-ulama tidak berani menegur kesalahan pemimpin.

Sila rujuk link berkenaan;


“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”


Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.


Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.


Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Surat "Misteri" isu Teoh
















Selamat Berpuasa...




Penulis mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadhan ini lebih memberi erti kepada kita semua. Insya-Allah.


Penulis juga ingin memohon maaf kepada semua andai ada kesilapan atau mungkin ada yang terasa dengan artikel-artikel sebelum ini. Demi Allah, penulis ikhlas dengan pendapat/pandangan penulis demi kesedaran semua termasuk diri sendiri.




Khamis, 20 Ogos 2009

Lagi Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.
"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.
Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.
Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.
Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

/Pemudagombak.com_

- harakahdaily-

Mangsa H1N1 ke-68

Seorang wanita hamil lebih 8 bulan menjadi korban ke-68 wabak selesema A (H1N1) di negara ini, sementara jumlah kes terbaru pula meningkat tinggi sehingga 569 kes dalam tempoh 24 jam.

(sehingga 1.45pm 20 Ogos 2009)

Rabu, 19 Ogos 2009

Penjelasan Rasmi Yusri Isahak (Bekas Rakan Kongsi Calon BN N11 Permatang Pasir)


Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.


Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.




Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.


Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.


Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman. Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.


Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.


Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.


Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.


Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.


Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.


Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?


Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi! Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian. Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.


-sumber: Malaysiakini

Penjelasan YAB Tok Guru Haji Nik Aziz berkenaan isu "masuk syurga"

Selasa, 18 Ogos 2009

Kenapa UMNO tidak mahu......?


1) Kenapa UMNO tidak mahu tegakkan hukum ISLAM di Malaysia, walhal umno dakwa perjuangkan Melayu dan Islam?


2) Kenapa UMNO tidak mahu perjuangkan Bahasa Melayu sedangkan umno adalah sebuah parti Melayu?


3) Kenapa UMNO tidak mahu guna PKMB atau singkatan lain yang merujuk pada nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Kenapa kenapa harus guna singkatan UMNO (United Malays National Organisation) walhal mereka semua Melayu?


4) Kenapa UMNO tidak mahu mansuhkan segera dasar PPSMI, sedangkan Bahasa Melayu bahasa mereka, dan bahasa Melayu kini makin terpinggir?


5) Kenapa UMNO tidak mahu memilih pemimpin mereka diantara orang yang memperjuangkan agama mereka?


6) Kenapa UMNO tidak mahu pemimpin / isteri pemimpin mereka menjaga agama (terutama aurat n kelakuan) mereka?


7) Kenapa UMNO tidak mahu mendngar pandangan Ulama? - contoh: upacara kalungkan bunga di Tugu negara, Jom Heboh, isu kongsi raya , dan lain-lain.


bakal bersambung...

Betulkah Calon BN untuk PRK N11 P.Pasir seorang Peguam?

Tahniah kepada BN kerana memilih calon yang "SESUAI & RELEVAN".

Jumaat lepas (14 Ogos 2009), selepas diumumkan calon BN, Rohaizat Othman, hari berikutnya TERPAMPANG di dada akhbar 1Malaysia - PEGUAM lawan Peniaga.

Saya sebenarnya tiba-tiba rasa teruja. PEGUAM!. Mesti "Rakan Bijaksana Saya" (skrip formal yang biasa diucapkan di dalam mahkamah bagi merujuk kepada Peguam lain yang mewakili pihak satu lagi).

Seperti biasa, untuk mengetahui siapa Rakan Bijaksana Saya itu, saya pun buka LAMAN WEB RASMI MAJLIS PEGUAM.

Yang terjumpa adalah ini :-

7 March 2008

Order under Section 103D LPA 1976

Rohaizat bin Othman - (Struck Off)

Link direct ada di alamat ini Web Rasmi MAJLIS PEGUAM, sila klik http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html

Nota : Struck Off = Dibatalkan! Ini bermakna beliau tidak boleh diberi gelaran/title Peguambela & Peguamcara kerana TIADA Sijil Amalan Guaman & Sijil Tahunan sebagai seorang Peguam yang SAH!

Apabila Badan Disiplin yang dilantik oleh Majlis Peguam menyiasat dan seterusnya membuat keputusan (PERINTAH), bahawa seseorang peguam itu dikenakan STRUCK OFF, kesalahan yang dilakukan bukan calang-calang kesalahan/kesilapan .

Inikah PILIHAN yang UBN berikan kepada PENGUNDI di Permatang Pasir?

BIJAK! BIJAK!

Diambil (copy & paste) dari Blog Abu Umar


Nota: Adakah calon Bn tersebut sama dengan Peguam yang telah dibatalkan status itu? Atau kebetulan namanya sama? Hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui...

Artikel berkaitan :
1) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=433766
- Pas minta Rohaizat Tarik diri demi moral
2) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=433772
- kenyataan ini membuktikan Zahid Hamidi mengakui bahawa Rohaizat memang terbukti mempunyai sabitan kesalahan dengan Majlis Peguam.
- Zahid akui lesen peguam Rohaizat telah dibatalkan