Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Ahad, 22 November 2009

Malaysia semakin korup?


Baru-baru ini kita didedahkan dengan satu laporan daripada "Tranperancy International" (TI) yang telah mengeluarkan carta berkenaan tahap ketelusan sesebuah negara. Di dalam senarai tersebut, negara yang paling kurang berlaku rasuah adalah New Zealand, diikuti Denmark dan Singapura. Dimana kedudukan Malaysia? Berbanding 180 negara di dunia ini, malaysia berada di kedudukan ke 56. Boleh dibanggakan ke kedudukan ini?
Penulis menganggap bahawa kedudukan ini adalah amat memalukan kerana kerajaan Malaysia sebelum ini heboh mewar-warkan untuk menentang rasuah habis-habisan. Pada 2008 , Perdana Menteri Malaysia ketika itu Pak Lah telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kononnya untuk menunjukkan kesungguhan kerasaan menangani 'masalah' rasuah. Suruhanjaya ini yang bermodelkan Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) dilihat gagal di Malaysia. Mana tidaknya, Hong kong berada di tempat ke 12 paling telus sedangkan Malaysia di tempat ke 56. Lebih memalukan kedudukan ini jatuh menjunam berbanding kedudukan tahun lalu iaitu di tempat ke 47.
Pada 1995, walaupun masalah rasuah hanya dipantau oleh sebuah 'badan' sebelum ini (BPR) Malaysia berada pada tempat ke 23, (dan kemudian tangga ke 37 pada 2004) satu tempat yang agak baik walaupun tidak 'telus' sepenuhnya. Tetapi, walaupun pelbagai janji oleh pemimpin kerajaan termasuk dengan penubuhan SPRM, rasuah semakin berleluasa hingga menyebabkan Malaysia jatuh ke tempat 56 dalam senarai tersebut. Sepatutnya apabila sesebuah organisasi itu dinaiktaraf, mutu dan hasilnya akan semakin baik.
Rakyat kini semakin berani mengkritik SPRM kerana jelas mereka tidak bersungguh-sungguh memerangi rasuah. Tindakan hanya berani diambil terhadap kes-kes kecil dan terpilih sahaja. SPRM juga dilihat seperti berat sebelah. Antaranya seperti kes pemimpin atau wakil rakyat pembangkang, dengan segera kertas siasatan dibuka. walaupun kes-kes tersebut meragukan dan kadangkala hanya melibatkan nilai yang kecil. Kes tuduhan berkenaan lembu korban, tuduhan penyelewangan belian benderad dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kes-kes yang melibatkan pemimpin yang 'pro' kerajaan atau lebih tepat lagi melibatkan orang kanan dalam kerajaan? beberapa pemimpin UMNO diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti tersebut sebagai bersalah kerana terlibat rasuah sehingga ada yang hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan parti, tapi SPRM hanya tutup mata sahaja. Walhal kes ini disahkan terbukti oleh lembaga disiplin parti tersebut. bagaimana pula dengan kes PKFZ, klip video VK Linggam, kes rumah mewah seorang bekas MB, landasan keretapi berkembar dan banyak lagi kes-kes besar.
SPRM sendiri perlu telus dalam menjalankan tugas mereka yang diamanahkan. jangan hanya bila tuduhan itu dibuat terhadap pembangkang, tidak sempat apa-apa kertas siasatan terus dibuka. tapi bila melibatkan orang kerajaan, pelbagai alasan diberikan, tidak cukup bukti lah, tidak ada saksi lah, saksi tidak beri kerjasama lah dan pelbagai alasan lemah.
Ingatlah, keadilan itu penting dalam kehidupan ini lebih-lebih lagi ketika memikul amanah. Tuhan amat BENCI pihak yang tidak adil dan tidak jujur. segala tindakan kita di dunia ini akan dibicarakan di akhirat kelak.

Nota: sebahagian maklumat diperolehi daripada tulisan Dr Aisar Yee Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan