Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Khamis, 5 November 2009

Parti Politik = Pasukan Bola sepak?

Seperti sebuah pasukan bola sepak, sesebuah Part Politik juga terdiri daripada Pengurus, Jurulatih, Pasukan Perubatan, Kapten Pasukan, Pemain Penyerang, Pertahanan, Penjaga Gol, Pembancuh air, kelab penyokong, peminat dan lain-lain. Walaupun di dalam parti politik istilah yang digunakan adalah berbeza, namun fungsi dan peranannya hampir sama.
Pengurus mungkin boleh di contohkan sebagai Presiden parti yang memainkan peranan mengetuai pengurusan sesebuah pasukan / parti. Didalam sesebuah parti, peranan 'jurulatih' amat penting demi melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih berjaya serta memastikan keadaan parti semakin baik. Parti juga memerlukan 'pemain penyerang' yang berperanan penting untuk mengalahkan 'pihak' lawan. Penjaga gol dan pertahanan pula berfungsi untuk menjaga parti daripada ditewaskan dan perlu diwakili oleh mereka yang mampu mempertahankan organisasi parti. Begitu juga bagi jawatan-jawatan lain yang boleh diumpamakan seperti posisi di dalam pasukan bola sepak.
Adat bagi sesebuah pasukan bola sepak, ada pengurus, pegawai atau pemain yang mungkin dibuang, bersara, menyertai pasukan baru dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika pemimpin parti atau wakil rakyat yang dipecat, letak jawatan, keluar parti, masuk parti lawan dan sebagainya. Sebenarnya ia tidak terlalu menjejaskan parti asalkan parti dapat mencari pengganti yang lebih baik dari mereka. Seperti yang dialami oleh PKR baru-baru ini, seharusnya penyokong tidak patah semagat. walaupun seorang Naib Presiden, Pimpinan tertinggi parti lah, beberapa ADUN dan pimpinan lain membuat keputusan/tindakan yang boleh mencalarkan parti, namun ia hanya sementara. Pengurusan parti perlu lebih bijak mencari pengganti mereka untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan