Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Ahad, 22 November 2009

Tok Guru di tangga 42, Imam Islam Hadhari dimana?

Assalamualaikum..

Tahniah buat YAB Tok Guru Dato Haji  Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila disenaraikan sebagai Tokoh Islam ke 42 yang berpengaruh di dunia mengikut kajian The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku "The 500 Most Influential Muslims In The World for 2009.
Senarai penuh 50 Tokoh Islam paling berpengaruh di dunia boleh dilihat pada mukasurat 17 - 19. Keterangan ringkas mengenai ketokohan Tok Guru terdapat pada mukasurat 78 buku tersebut.

Selain Tok Guru, nama YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir juga tersenarai dalam buku tersebut tetapi bagi kategori lain.
Dalam kajian tersebut, nama Dato seri Anwar Ibrahim tersenarai dalam dua kategori iaitu;
i. Tersenarai antara 12 tokoh kategori 'Honorable Mention'. (mukasurat 84)
ii. Tersenarai antara tokoh Politik Berpengaruh. Beliau didapati antara pemimpin pembangkang yang merubah landskap politik negara dan berani mengkritik pentadbiran negara. Beliau juga dianggap sebagai pemimpin yang amat berpengaruh bagi golongan muda. (mukasurat 105)

Bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir turut tersenarai antara Tokoh Politik Berpengaruh berikutan beliau merupakan PM paling lama yang memegang tampuk pemerintahan dan berjaya memodenkan Malaysia dengan cepat. Tun Dr. M juga terkenal kerana lantang mengkritik Barat termasuk Presiden Amerika. (mukasurat 106)

Tokoh-tokoh lain dari Malaysia yang turut tersenarai adalah;
i. Prof Emeritus Dato Osman bakar (Timb. Naib Canselor UM) - kategori cendekiawan (m/s 95)
ii. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali ( Profesor Undang-undang UIA) - kategori cendekiawan (m/s 95)
iii. Mohideen Abdul Kader (Naib Presiden Pers. Pengguna Pulau Pinang) - kategori Pembangunan (m/s 140)
iv. Kumpulan Raihan - kategori Seni dan budaya (m/s 150)

Tahniah kepada mereka yang tersenarai. Namun, penulis terfikir-fikir mengapa nama pemimpin besar negara tidak disenaraikan  terutamanya nama 'Imam Islam Hadhari'. Mungkin pengkaji/penulis buku tersebut pun tidak tahu/faham apa itu Islam Hadhari (penulis juga tidak faham), dengan kata lain Islam Hadhari tidak diterima oleh dunia Islam.

Senarai penuh dan maklumat ringkas berkenaan tokoh-tokoh tersebut boleh dibaca di link dibawah;

http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan