Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Jumaat, 28 Ogos 2009

Poco-poco yang tersirat....




Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco.


Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini


"Assalammualaikum.Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.Marilah kita sama2 fikirkan.

"Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.WALLAHUALAM. ...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Kalungan bunga di tugu negara

Pada masa ini tengah heboh memperkatakan bahawa YAB Tok Guru Haji Nik Aziz telah menyeleweng berikutan kenyataannya berkenaan isu "Masuk Syurga". Pelbagai media arus perdana terus 'menyerang' Tok Guru hingga kini. Mungkin itu propaganda pihak2 tertentu menjelang PRK N11 Permatang Pasir 25 Ogos ini.



Penulis ingin mengulas sedikt mengenai tindakan PM kita pada sambutan Hari Pahlawan Baru-baru ini. Dalam sambutan tersebut, PM telah meletakkan kalungan bunga di tugu negara. Perkara ini jelas melanggar hukum Islam dan tidak menghormati keputusan fatwa yang telah diwartakan. Sepatutnya beliau boleh dikenakan tindakan termasuk dibicarakan di Mahkamah Syariah. Namun, tiada pihak yang berani menegur. Ulama-ulama kerajaan terus membisu seribu bahasa seperti tidak nampak apa yang berlaku.



Perkara ini sebenarnya bukan baru, PM sebelum ini yang lebih dikenali sebagai Imam Hadhari juga pernah melakukannya. Namun sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan tegas yang diambil terhadapnya. Inilah Malaysiaku, mungkin ini antara tanda-tanda Kiamat makin hampir dimana Ulama-ulama tidak berani menegur kesalahan pemimpin.

Sila rujuk link berkenaan;


“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”


Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.


Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.


Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Surat "Misteri" isu Teoh
















Selamat Berpuasa...




Penulis mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadhan ini lebih memberi erti kepada kita semua. Insya-Allah.


Penulis juga ingin memohon maaf kepada semua andai ada kesilapan atau mungkin ada yang terasa dengan artikel-artikel sebelum ini. Demi Allah, penulis ikhlas dengan pendapat/pandangan penulis demi kesedaran semua termasuk diri sendiri.




Khamis, 20 Ogos 2009

Lagi Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.
"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.
Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.
Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.
Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

/Pemudagombak.com_

- harakahdaily-

Mangsa H1N1 ke-68

Seorang wanita hamil lebih 8 bulan menjadi korban ke-68 wabak selesema A (H1N1) di negara ini, sementara jumlah kes terbaru pula meningkat tinggi sehingga 569 kes dalam tempoh 24 jam.

(sehingga 1.45pm 20 Ogos 2009)

Rabu, 19 Ogos 2009

Penjelasan Rasmi Yusri Isahak (Bekas Rakan Kongsi Calon BN N11 Permatang Pasir)


Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.


Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.




Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.


Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.


Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman. Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.


Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.


Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.


Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.


Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.


Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.


Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?


Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi! Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian. Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.


-sumber: Malaysiakini

Penjelasan YAB Tok Guru Haji Nik Aziz berkenaan isu "masuk syurga"

Selasa, 18 Ogos 2009

Kenapa UMNO tidak mahu......?


1) Kenapa UMNO tidak mahu tegakkan hukum ISLAM di Malaysia, walhal umno dakwa perjuangkan Melayu dan Islam?


2) Kenapa UMNO tidak mahu perjuangkan Bahasa Melayu sedangkan umno adalah sebuah parti Melayu?


3) Kenapa UMNO tidak mahu guna PKMB atau singkatan lain yang merujuk pada nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Kenapa kenapa harus guna singkatan UMNO (United Malays National Organisation) walhal mereka semua Melayu?


4) Kenapa UMNO tidak mahu mansuhkan segera dasar PPSMI, sedangkan Bahasa Melayu bahasa mereka, dan bahasa Melayu kini makin terpinggir?


5) Kenapa UMNO tidak mahu memilih pemimpin mereka diantara orang yang memperjuangkan agama mereka?


6) Kenapa UMNO tidak mahu pemimpin / isteri pemimpin mereka menjaga agama (terutama aurat n kelakuan) mereka?


7) Kenapa UMNO tidak mahu mendngar pandangan Ulama? - contoh: upacara kalungkan bunga di Tugu negara, Jom Heboh, isu kongsi raya , dan lain-lain.


bakal bersambung...

Betulkah Calon BN untuk PRK N11 P.Pasir seorang Peguam?

Tahniah kepada BN kerana memilih calon yang "SESUAI & RELEVAN".

Jumaat lepas (14 Ogos 2009), selepas diumumkan calon BN, Rohaizat Othman, hari berikutnya TERPAMPANG di dada akhbar 1Malaysia - PEGUAM lawan Peniaga.

Saya sebenarnya tiba-tiba rasa teruja. PEGUAM!. Mesti "Rakan Bijaksana Saya" (skrip formal yang biasa diucapkan di dalam mahkamah bagi merujuk kepada Peguam lain yang mewakili pihak satu lagi).

Seperti biasa, untuk mengetahui siapa Rakan Bijaksana Saya itu, saya pun buka LAMAN WEB RASMI MAJLIS PEGUAM.

Yang terjumpa adalah ini :-

7 March 2008

Order under Section 103D LPA 1976

Rohaizat bin Othman - (Struck Off)

Link direct ada di alamat ini Web Rasmi MAJLIS PEGUAM, sila klik http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html

Nota : Struck Off = Dibatalkan! Ini bermakna beliau tidak boleh diberi gelaran/title Peguambela & Peguamcara kerana TIADA Sijil Amalan Guaman & Sijil Tahunan sebagai seorang Peguam yang SAH!

Apabila Badan Disiplin yang dilantik oleh Majlis Peguam menyiasat dan seterusnya membuat keputusan (PERINTAH), bahawa seseorang peguam itu dikenakan STRUCK OFF, kesalahan yang dilakukan bukan calang-calang kesalahan/kesilapan .

Inikah PILIHAN yang UBN berikan kepada PENGUNDI di Permatang Pasir?

BIJAK! BIJAK!

Diambil (copy & paste) dari Blog Abu Umar


Nota: Adakah calon Bn tersebut sama dengan Peguam yang telah dibatalkan status itu? Atau kebetulan namanya sama? Hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui...

Artikel berkaitan :
1) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=433766
- Pas minta Rohaizat Tarik diri demi moral
2) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=433772
- kenyataan ini membuktikan Zahid Hamidi mengakui bahawa Rohaizat memang terbukti mempunyai sabitan kesalahan dengan Majlis Peguam.
- Zahid akui lesen peguam Rohaizat telah dibatalkan

Isnin, 17 Ogos 2009

Antara penghinaan UMNO terhadap ISLAM

KOTA BHARU, 17 Ogos : Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai �pemikiran sempit�.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, "mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa' membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan".

Sambungnya lagi, "perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan".

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas "fatwa"nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan �kajian mendalam� oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

Sumber : Harakahdaily/-

Ahad, 16 Ogos 2009

HUKUM MENGHISAP ROKOK

Kiriman : JUNHAIRI BIN ABD JALIL

"Isu : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa hukum menghisap yang telah dibuat dalam tahun 1987.Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :

1.1. Hukum menghisap rokok
1.2. Hukum menghisap rokok di dalam Masjid
1.3. Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran
1.4. Hukum menghisap rokok yangboleh mendatangkan mudarat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil keputusan berkenaan hukum perkara di atas.

Keputusan :Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.

2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. " HUKUM MENGHISAP ROKOK "
Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"

Maksudnya :Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID "
Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM

Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :

Maksudnya :Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN "
Hukumnya adalah HARAM.

Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut

Ertinya :Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT "
Hukumnya adalah HARAM :

hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :

Firman Allah Taala :

Ertinya :Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan "Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya

"http://www.e- fatwa.gov. my/mufti/ fatwa

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tindakan Bijak..

Ketika pulang dari Klinik Kesihatan Putrajaya (jalani pemeriksaan kesihatan), penulis singgah sebentar di Medan Selera Presint 9. Ketika sedang mencari juadah untuk dibeli, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengedarkan 'topeng mulut' dan 'flyers' berkaitan H1N1. Penulis kemudian mendekati mereka untuk mengetahui lebih lanjut. Rupanya ianya merupakan sebahagian program PAS Putrajaya untuk memberi panduan kepada masyarakat berkenaan langkah-langkah mencegah penularan wabak H1N1. Penulis agak tertarik kerana walaupun Putrajaya bukan berada di bawah "Pemerintahan" mereka, namun aktiviti sosial seperti itu tetap diadakan. Tahniah dan terima kasih diucapkan di atas tindakan bijak mereka membantu kerajaan dalam mengatasi penularan wabak maut tersebut.

Siapa Pengkhianat Melayu ? (1)

Sekarang ni heboh dalam media arus perdana menyiarkan banyak pihak mendakwa YB Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pengkhianat Melayu. Betul ke? Apa bukti2 yang boleh menyokong kenyataan pihak2 tersebut?atau kenyataan itu hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Secara jujur dan ikhlas, penulis dapati pihak yang membuat dakwaan tersebut sepatutnya yang mendapat "gelaran" itu. Bukan bersikap 'bias' tetapi itulah hakikatnya.

1. Sebuah Parti yang mendakwa memperjuangkan Melayu, tetapi 'MALU' untuk menggunakan nama MELAYU...United Malays National Organisation (UMNO), kenapa tak guna PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)...sepatutnya Bahasa Melayu yang diutamakan, bukan Bahasa PENJAJAH...macamana nak memperjuangkan Bangsa MELAYU kalau bahasanya dikhianati??? dah lupa ke, "Bahasa Melambangkan Bangsa"?

2. Juga berkenaan isu BAHASA MELAYU, pasal PPSMI! siapa yang mewujudkan PPSMI ini? "Seorang Pemimpin Melayu sebuah Parti Melayu yang Memerintah Negara Yang Majoriti Rakyatnya MELAYU...". Buruk sangat ke Bahasa Melayu ni?hinggakan Bahasa penghantar bagi Matapelajaran Matematik dan Sains ditukar ke Bahasa Penjajah...Mengapa benci sangat pada Bahasa Ibunda? UNESCO pernah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik dan Sains lebih mudah dipelajari dalam Bahasa Ibunda.Tapi Kerajaan yang ditunjangi Parti Melayu tersebut sanggup menggadaikan Bahasa Melayu. Bukankah itu pengkhianat Bangsa namanya? kini setelah enam tahun, PPSMI gagal. Pelajar terutamanya Melayu yang tinggal diluar bandar mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan utama. Macamana nak bela Melayu kalau dasar yang dicipta 'merosakkan' Melayu? Lebih teruk, setelah terbukti PPSMI gagal, dasar ini hanya akan dimansuhkan pada 2012. Kenapa nak tunggu lama sangat? Nak lihat lebih ramai pelajar Melayu gagal?Sepatutnya ia perlu dimansuhkan segera, bermula awal sesi persekolahan 2010.
3. Pemansuhan 30% ekuiti Bumiputera telah dicadangkan oleh pemimpin MCA pada 27 Oktober 2008 (rujuk Utusan Malaysia 28 Oktober 2008 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm ). Walaupun ketika itu ada segelintir pihak dikalangan ahli Parti Pemerintah yang menentang, namun akhirnya kita lihat apa yang terjadi kini. Sebaik sahaja D.S Najib mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan satu dasar yang amat mengejutkan. Dasar tersebut dipercayai (mungkin) dipengaruhi oleh desakan MCA sebelum itu. Pengumuman tersebut adalah berhubung kelonggaran kepada syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera kurang 30 peratus disenaraikan di Bursa Malaysia. Najib ketika itu berkata ‘‘Ini dasar nasional. Apa yang kita boleh lakukan, ia untuk mempermudahkan dari sudut pelaksanaannya,’’
FIC(Jawatankuasa Pelaburan Asing) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO). Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan. Namun kini, syarat sekurang2nya 30% ekuiti Bumiputera tersebut tidak lagi digunapakai secara langsung. Dasar baru ini dilihat sedikit mengetepikan kepentingan pegangan Bumiputera dalam syarikat yang hendak disenaraikan.
Bersambung....

Rabu, 12 Ogos 2009

Info H1N1




Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat VirusOleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.


Apa yg perlu anda tahu ?


Asal virus ini:

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico.Virologi Virus H1N1Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakitpesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh.

Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


Cara Serangan:

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapanVirus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi


Siapa Yang Berisiko

1.Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. Perempuan yang mengandung

3 .Orang yang ada astmatic

4 . Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas


Simptom2:

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)

Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4 - Sakit dada yang teruk....jumpa doktor dengan segera

Day 5 - And above lung collapse @ koma


Langkah-langkah Kawalan:

1 – Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7 - Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!! jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.

11- Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia . Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.


Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Info terkini H1N1

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 51 orang apabila tujuh lagi kematian dilaporkan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tujuh kematian itu membabitkan pesakit berumur antara empat bulan dan 92 tahun.

(info setakat jam 2.00 ptg 13 Ogos 2009)

-Malaysiakini-

Antara 'kehebatan' AL-QURAN





























Penawar H1N1...Insya-Allah...


Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.
Sebab itu selawat ada dlm doa.

Ahad, 9 Ogos 2009

Besarnya...


Wah....besarnya replika pemimpin negara kita ni ye...
mmmmmm............kesian...
Pemuda Umno Gombak, bersuaralah sikit bagi pandangan. Jangan plak dok menyorok bawah katil....!!!

apa kata Ulama UMNO?

Lihat lah gambar di sebelah ni...replika gergasi siapa tu?dah tentu tu replika Najib yang dibina khas untuk sambutan 1Malaysia di kuil Batu Cave. Nah! sekarang kita tunggu ulasan dari pemimpin2 atau ulama2 Umno berkenaan pembinaan replika tersebut. Penulis amat menunggu ulasan dari Mufti yang "paling popular di dunia", nak tau juga apa pendapat beliau.


Teringat juga dahulu, masa replika YB D.S.Anwar Ibrahim dinaikkan, pelbagai pihak mencemuh (kemudian pihak yang menaikkan sudi menurunkannya dengan terbuka). Sekarang kita tunggu dan lihat sahaja lah. taktaulah penulis kalau-kalau sekarang ni replika seumpama ini dah dibolehkan oleh ulama2 kerajaan terutama Mufti P****. Dimaklumkan juga saiz replika Najib ini lebih besar daripada replika YB D.S.Anwar Ibrahim.

MANSUH (versi Kelibat Korupsi)

Rabu, 5 Ogos 2009

Kelibat Korupsi

-KELIBAT KORUPSI-

Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Chorus:
Ingat kita takut?! Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!RAKYAT KEDEPAN!

Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Dikir Barat:
Bak Kata Cerita pendek
Kita harus Kerja sama
Jaga jaga Jaga nama
Kalau jatuh Depa pijak
Kerja sama Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini Buat rosak
Tukar cara Kita fikir
Baru hapus KORUPSI!
Tukar cara Kita fikir
Baru hapus KORUPSI!

-One Buck Short-