Sekarang ni heboh dalam media arus perdana menyiarkan banyak pihak mendakwa YB Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pengkhianat Melayu. Betul ke? Apa bukti2 yang boleh menyokong kenyataan pihak2 tersebut?atau kenyataan itu hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Secara jujur dan ikhlas, penulis dapati pihak yang membuat dakwaan tersebut sepatutnya yang mendapat "gelaran" itu. Bukan bersikap 'bias' tetapi itulah hakikatnya.1. Sebuah Parti yang mendakwa memperjuangkan Melayu, tetapi 'MALU' untuk menggunakan nama MELAYU...United Malays National Organisation (UMNO), kenapa tak guna PKMB (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)...sepatutnya Bahasa Melayu yang diutamakan, bukan Bahasa PENJAJAH...macamana nak memperjuangkan Bangsa MELAYU kalau bahasanya dikhianati??? dah lupa ke, "Bahasa Melambangkan Bangsa"?
2. Juga berkenaan isu BAHASA MELAYU, pasal PPSMI! siapa yang mewujudkan PPSMI ini? "Seorang Pemimpin Melayu sebuah Parti Melayu yang Memerintah Negara Yang Majoriti Rakyatnya MELAYU...". Buruk sangat ke Bahasa Melayu ni?hinggakan Bahasa penghantar bagi Matapelajaran Matematik dan Sains ditukar ke Bahasa Penjajah...Mengapa benci sangat pada Bahasa Ibunda? UNESCO pernah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik dan Sains lebih mudah dipelajari dalam Bahasa Ibunda.Tapi Kerajaan yang ditunjangi Parti Melayu tersebut sanggup menggadaikan Bahasa Melayu. Bukankah itu pengkhianat Bangsa namanya? kini setelah enam tahun, PPSMI gagal. Pelajar terutamanya Melayu yang tinggal diluar bandar mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan utama. Macamana nak bela Melayu kalau dasar yang dicipta 'merosakkan' Melayu? Lebih teruk, setelah terbukti PPSMI gagal, dasar ini hanya akan dimansuhkan pada 2012. Kenapa nak tunggu lama sangat? Nak lihat lebih ramai pelajar Melayu gagal?Sepatutnya ia perlu dimansuhkan segera, bermula awal sesi persekolahan 2010.
3. Pemansuhan 30% ekuiti Bumiputera telah dicadangkan oleh pemimpin MCA pada 27 Oktober 2008 (rujuk Utusan Malaysia 28 Oktober 2008 : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm ). Walaupun ketika itu ada segelintir pihak dikalangan ahli Parti Pemerintah yang menentang, namun akhirnya kita lihat apa yang terjadi kini. Sebaik sahaja D.S Najib mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan satu dasar yang amat mengejutkan. Dasar tersebut dipercayai (mungkin) dipengaruhi oleh desakan MCA sebelum itu. Pengumuman tersebut adalah berhubung kelonggaran kepada syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera kurang 30 peratus disenaraikan di Bursa Malaysia. Najib ketika itu berkata ‘‘Ini dasar nasional. Apa yang kita boleh lakukan, ia untuk mempermudahkan dari sudut pelaksanaannya,’’
FIC(Jawatankuasa Pelaburan Asing) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO). Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan. Namun kini, syarat sekurang2nya 30% ekuiti Bumiputera tersebut tidak lagi digunapakai secara langsung. Dasar baru ini dilihat sedikit mengetepikan kepentingan pegangan Bumiputera dalam syarikat yang hendak disenaraikan.
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan