Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Jumaat, 31 Julai 2009

Haramkah Rokok?



Selepas selesai Solat Jumaat di Putrajaya, penulis terbaca satu papan tanda yang lebih kurang berbunyi "Kawasan Larangan Merokk" dan dibawahnya tercatat 'merokok itu haram disisi Islam kerana boleh memudharatkan (Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, 1997)'....

Penulis terfikir sejenak, betul ke haram? tapi kalau betul haram, kenapa ramai umat Islam masih merokok, secara terang-terangan pula tu...penulis masih keliru dengan kenyataan tersebut...penulis turut kesal kerana dulu pernah juga merokok (kini dah hampir 5 tahun berhenti)..

Berikut adalah sedikit maklumat yang penulis boleh kongsikan bersama;

1. pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

2. Pendapat ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-
A) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah
Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)
Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )
Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )
Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.
Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)
Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )
B) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)
Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.
Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

3) Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-
a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.
b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera

4) Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga pada 1997 telah memutuskan bahawa Rokok itu Haram di sisi Islam (namun sehingga kini masih belum dikuatkuasakan dengan alasan ia perlu terlebih dahulu diterima dan diwartakan oleh semua negeri-rujuk Utusan Malaysia 15 Disember 2008) -*keterangan lanjut di akhir artikel ini.

5) Negeri Selangor juga telah mengeluarkan Fatwa berkenaan rokok pada 7 Disember 2005 (rujukan pewartaan : Sel. P.U. 51.) seperti mana berikut;

(i) Merokok adalah haram

(ii) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.

(iii) Bagi maksud fatwa ini , “ rokok ” ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

6) Pengakuan dari seorang yang pernah bekerja di kilang rokok - Salam.. Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia merbahaya adalh sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang meyebabkan ketagihan.. Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan + udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas. Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis.. Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun..

Daripada sedikit maklumat di atas penulis dan rakyat perlukan satu kenyataan rasmi yang tepat daripada pihak berkuasa...Kekeliruan ini perlukan penjelasan yang lebih terperinci. Sekiranya betul haram, kerajaan perlu ambil tindakan tegas dengan melarang penjualan bahan tersebut kepada umat Islam...atau lebih baik, haramkan terus penjualan rokok di negara ini. Ia telah terbukti boleh mendatangkan penyakit bukan sahaja orang yang menghisapnya tetapi juga orang disekeliling. Tidak guna setakat wujudkan kempen "TAKNAK", tapi penjualan masih berleluasa hinggakan pelajar sekolah (seperti penulis dahulu) sangat mudah untuk mendapatkannya.

Berkaitan dengan maklumat ke 4 di atas, penulis sedikit kesal dengan tindakan pihak berkuasa kerana seolah-olah sengaja melambatkan membuat keputusan rasmi. setelah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok itu haram, sepatutnya setiap negeri perlu menerima dan mewartakan keputusan tersebut. (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pewartaan itu pula hanya dilakukan apabila Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri meluluskannya serta mendapat perkenan Sultan atau Raja negeri berkenaan.Beliau yang juga Setiausaha Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkata, selepas diperkenankan Sultan, barulah hukum mengharamkan merokok boleh diwartakan menjadi fatwa di negeri tersebut.''Proses pewartaan bergantung pada keperluan, kesediaan dan kepentingan isu itu di peringkat negeri. Apa yang penting, isu itu boleh diselaraskan di peringkat kebangsaan.
''Soal pelaksanaan untuk dijadikan satu fatwa rasmi bergantung pada budi bicara pihak kerajaan negeri," katanya pada sesi dialog Majlis Fatwa Kebangsaan bersama media di sini malam ini. - Utusan Malaysia 15 Disember 2008)
Sebelum itu, seorang Tokoh Agama terkemuka, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz telah mempersoalkan mengapa sehingga kini keputusan tersebut masih tidak dapat diwartakan di semua negeri. Beliau menekankan bahawa langkah itu adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelak umat Islam di negara ini terus keliru berhubung isu berkenaan.

Sekian...

Haram...?



Haram bermaksud sesuatu yang ditegah dalam Islam dimana jika ia dilakukan maka kita kan berdosa...
Baru-baru ini seorang Mufti yang terkenal telah mengeluarkan 'fatwa'nya sendiri dengan mengatakan bahawa Haram hukumnya seseorang itu menyertai perhimpunan yang tidak diberi permit oleh kerajaan dengan alasan ia akan menimbulkan huru-hara..ini bermaksud individu yang menyertai perhimpunan ini akan mendapat 'dosa' kerana melanggar perintah KERAjaan...anihnya, mufti tersebut hanya berani menegur perbuatan yang melanggar perintah kerajaan sahaja...bagaimana dengan perbuatan-perbuatan yang melanggar perintah Allah?kenapa beliau tak berani nak tegur?contohnya berkaitan Aurat...Menutup aurat tu satu kewajipan bagi setiap Muslim..berapa ramai pemimpin atau Isteri pemimpin utama negara yang tidak menutup aurat...tp kenapa mufti tersebut tak berani nak tegur?takut kena pecat?isu-isu macam tu yang perlu diutamakan, kerana ia berkaitan dengan isu sosial...kalau dah pemimpin pun tak tutup aurat (sesuatu yang asas), apa lagi dengan rakyat...pemimpin jadi contoh...Kata Malaysia ni Negara Islam lah , Islam Hadhari lah, tapi pemimpin macamana? dah lah tak tutup aurat, lepas tu sekat rakyat ikut Sunnah (kes pelajar pakai serban).
Jadi, buat Yang Berhormat (bakal kot) Mufti tersebut, usahlah hanya keluarkan pendapat tu hanya untuk melindungi pihak tertentu. banyak lagi isu yang merupakan perintah Allah perlu diutamakan..pasal isu haram ni pun banyak lagi perkara haram yang lebih patut ditegur. sepatutnya sebagai mufti, beliau tegur kerajaan supaya wujudkan satu garis panduan/peraturan yang lebih menjurus kepada perintah Allah...
Bukan niat nak menyalahkan, tapi sekadar pandangan ikhlas dari hati ini...jangan salahgunakan kedudukan sebagai mufti untuk mengelirukan rakyat...
Berbalik pada isu perhimpunan MANSUH yang dijadualkan berlangsung esok, ia terpulang pada individu.. Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman..Perhimpunan itu pada pendapat penulis adalah satu alternatif untuk mendesak kerajaan agar AKTA ZALIM yang HARAM itu (ISA) dihapuskan setelah pemintaan rakyat secara 'lembut' tidak dilayan.
Penulis berpendapat akta tersebut HARAM kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM. Islam melarang kita menghukum seseorang tanpa memberi 'mangsa' tersebut peluang untuk membela diri. Jika benar tahanan tersebut bersalah, bicarakannya di mahkamah...Berlakulah adil kepada rakyat...Buktikanlah konsep 1Malaysia yang dicanang tu betul2 mengutamakan rakyat...

Khamis, 30 Julai 2009

Promosi Broadband


RM 299 With Modem
No Contract
Montly RM68 /month (Pakej Celcom)
Speed Up to 3.6MB
Please Call: 017-655 9842

Isnin, 20 Julai 2009

Kuliah Haraki Julai 2009

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Dimaklumkan Program Kuliah Haraki bulan Julai 2009 anjuran PAS Kawasan Putrajaya akan diteruskan dengan menjemput Ust Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS utk menyampaikan pengisian:
Tarikh: Sabtu, 25 Julai 2009
Masa: 9.30 pagiTempat: Pejabat PAS Putrajaya Presint 15 (depan row Avon & Mydin)
Semua dijemput hadir.Terima kasih.--

~ membangun bersama Islam ~

[kebenaran itu bukanlah sesuatu yang boleh disembunyikan]

Jumaat, 17 Julai 2009

Durian oh! durian...


Jom makan durian...di tegah-tengah musim ni, durian berlambak-lambak dipasaran..bila dah banyak sangat, maka harganya pun jatuh. ada tempat harganya hanya tinggal 30-40 sen sekilogram..

Walauapapun, dalam tempoh seminggu ini, setiap hari penulis dapat menikmati durian. Bermula dengan program JOM MAKAN DURIAN anjuran KPPCB (tempat kerja) pada hari 11 Julai lalu, kemudian keluarga dari Johor datang pun bawa durian, selang dua hari keluarga Mertua dari Pahang pun datang bawa durian..belum sempat habis durian di rumah, penulis bertolak ke Ipoh untuk menyertai program Hari Koperasi Negara..Di Ipoh, Bos bawa kami ke dusun durian keluarganya, maka makan durian lagi lah jawabnya...t kali ni betul-betul "fresh", sambil makan di bawah pokok dengan suluhan lampu kereta...

Inilah penangan durian, sang Raja Buah...walau setiap hari makan, tiada rasa jemu...selagi ada, selagi boleh telan, selagi itulah durian tetap di hati...

Khamis, 16 Julai 2009

Menang Atau Kalah...

Alhamdulillah....Selesai sudah prk N41 Manik Urai di Kelantan...keputusan pun telah kita ketahui...namun pelbagai persepsi telah timbul ekoran keputusan tersebut...Siapa menang dan siapa kalah?
Di atas kertas atau lebih tepat keputusan rasmi menunjukkan bahawa Calon Pas iaitu YB Mohd Fauzi Abdullah telah berjaya mengalahkan Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi..
Disebalik keputusan itu BN dilihat cuba menerima kekalahan tersebut sebagai satu kemenangan moral dengan alasan berjaya mengurangkan jumlah majoriti Pas. BN merasakan ianya satu kejayaan besar kerana majoriti dan undi yang diterima oleh calon Pas merosot. Ramai pemimpin BN mengulas keputusan itu sebagai bukti rakyat mula menerima mereka kembali.

Di pihak Pas pula, kemenangan dengan majoriti yang nipis tersebut turut diterima dengan gembira. Pas yakin dengan kemenangan itu terbukti bahawa rakyat masih menyokong kepimpinan Tok Guru. Walaupun majoriti berkurangan, namun Pas bersyukur kerana ini merupakan kemenangan pertama Pas dalam prk di Kelantan bagi tempoh 12 tahun.

Nampaknya, kedua-dua pihak yakin keputusan tersebut adalah petanda positif bagi mereka. Terpulang pada pendapat masing-masing untuk menterjemahkan keputusan tersebut...Apapun, keputusan rasmi tetap memihak kepada PAS kerana antara prinsip demokrasi jika menang dengan majoriti 1 undi pun, ia tetap menang...

Tahniah diucapkan kepada YB baru N41..moga segala janji yang ditabur akan dikotakan..Jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada YB dengan baik...