Haram bermaksud sesuatu yang ditegah dalam Islam dimana jika ia dilakukan maka kita kan berdosa...
Baru-baru ini seorang Mufti yang terkenal telah mengeluarkan 'fatwa'nya sendiri dengan mengatakan bahawa Haram hukumnya seseorang itu menyertai perhimpunan yang tidak diberi permit oleh kerajaan dengan alasan ia akan menimbulkan huru-hara..ini bermaksud individu yang menyertai perhimpunan ini akan mendapat 'dosa' kerana melanggar perintah KERAjaan...anihnya, mufti tersebut hanya berani menegur perbuatan yang melanggar perintah kerajaan sahaja...bagaimana dengan perbuatan-perbuatan yang melanggar perintah Allah?kenapa beliau tak berani nak tegur?contohnya berkaitan Aurat...Menutup aurat tu satu kewajipan bagi setiap Muslim..berapa ramai pemimpin atau Isteri pemimpin utama negara yang tidak menutup aurat...tp kenapa mufti tersebut tak berani nak tegur?takut kena pecat?isu-isu macam tu yang perlu diutamakan, kerana ia berkaitan dengan isu sosial...kalau dah pemimpin pun tak tutup aurat (sesuatu yang asas), apa lagi dengan rakyat...pemimpin jadi contoh...Kata Malaysia ni Negara Islam lah , Islam Hadhari lah, tapi pemimpin macamana? dah lah tak tutup aurat, lepas tu sekat rakyat ikut Sunnah (kes pelajar pakai serban).
Jadi, buat Yang Berhormat (bakal kot) Mufti tersebut, usahlah hanya keluarkan pendapat tu hanya untuk melindungi pihak tertentu. banyak lagi isu yang merupakan perintah Allah perlu diutamakan..pasal isu haram ni pun banyak lagi perkara haram yang lebih patut ditegur. sepatutnya sebagai mufti, beliau tegur kerajaan supaya wujudkan satu garis panduan/peraturan yang lebih menjurus kepada perintah Allah...
Bukan niat nak menyalahkan, tapi sekadar pandangan ikhlas dari hati ini...jangan salahgunakan kedudukan sebagai mufti untuk mengelirukan rakyat...
Berbalik pada isu perhimpunan MANSUH yang dijadualkan berlangsung esok, ia terpulang pada individu.. Rakyat mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman..Perhimpunan itu pada pendapat penulis adalah satu alternatif untuk mendesak kerajaan agar AKTA ZALIM yang HARAM itu (ISA) dihapuskan setelah pemintaan rakyat secara 'lembut' tidak dilayan.
Penulis berpendapat akta tersebut HARAM kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM. Islam melarang kita menghukum seseorang tanpa memberi 'mangsa' tersebut peluang untuk membela diri. Jika benar tahanan tersebut bersalah, bicarakannya di mahkamah...Berlakulah adil kepada rakyat...Buktikanlah konsep 1Malaysia yang dicanang tu betul2 mengutamakan rakyat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan