Promosi Bio Aura

Promosi Bio Aura
Hubungi : Aszwan 017-655 9842 aszwan@kppcb.co.my

Khamis, 16 Julai 2009

Menang Atau Kalah...

Alhamdulillah....Selesai sudah prk N41 Manik Urai di Kelantan...keputusan pun telah kita ketahui...namun pelbagai persepsi telah timbul ekoran keputusan tersebut...Siapa menang dan siapa kalah?
Di atas kertas atau lebih tepat keputusan rasmi menunjukkan bahawa Calon Pas iaitu YB Mohd Fauzi Abdullah telah berjaya mengalahkan Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi..
Disebalik keputusan itu BN dilihat cuba menerima kekalahan tersebut sebagai satu kemenangan moral dengan alasan berjaya mengurangkan jumlah majoriti Pas. BN merasakan ianya satu kejayaan besar kerana majoriti dan undi yang diterima oleh calon Pas merosot. Ramai pemimpin BN mengulas keputusan itu sebagai bukti rakyat mula menerima mereka kembali.

Di pihak Pas pula, kemenangan dengan majoriti yang nipis tersebut turut diterima dengan gembira. Pas yakin dengan kemenangan itu terbukti bahawa rakyat masih menyokong kepimpinan Tok Guru. Walaupun majoriti berkurangan, namun Pas bersyukur kerana ini merupakan kemenangan pertama Pas dalam prk di Kelantan bagi tempoh 12 tahun.

Nampaknya, kedua-dua pihak yakin keputusan tersebut adalah petanda positif bagi mereka. Terpulang pada pendapat masing-masing untuk menterjemahkan keputusan tersebut...Apapun, keputusan rasmi tetap memihak kepada PAS kerana antara prinsip demokrasi jika menang dengan majoriti 1 undi pun, ia tetap menang...

Tahniah diucapkan kepada YB baru N41..moga segala janji yang ditabur akan dikotakan..Jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada YB dengan baik...

1 ulasan:

  1. 1. Ramai yang nak menang.
    2. Tiada yang nak kalah.
    3. Ramai yang takut kalah.
    4. Tiada yang takut menang.
    5. Dalam politik, tiada istilah menang-menang (win-win situation).
    6. Untuk mendapat sebuah kemenangan adalah lebih senang daripada mengisi kemenangan yang diperolehi.
    7. Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menang.
    8. Tiada orang yang berbuat apa sahaja untuk kalah.
    9. Kemenangan sejati adalah kemenangan semasa berhadapan dengan Allah swt. di padang mahsyar kelak. Wallahuaa'lam

    BalasPadam